Monday, April 7, 2008

JAAFAR BIN ABI THALIB DALAM PERANG MU`TAH

Jaafar bin Abi Thalib adalah sepupu Nabi Muhammad S.A.W.Dari sudut akhlak, tubuh badan dan rupa Jaafar bin Abi Thalib adalah yang paling mirip kepada Nabi Muhammad berbandiang dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang lain.

Pada hari yang ke -6 adalah hari pertempuran yang paling senget dalam perang mu`tah.Ketika itu Nabi Muhammad S.A.W berada di Madinah, beliau memanggil kesemua sahabat yang tinggal untuk bersembahyang, bedoa, dan bermunajat menghantar bantuan rohani kepada tentera Islam.

Dalam peperangan tersebut, Zaid adalah orang pertama yang memegang bendera Islam.Setelah Zaid syahid dalam memperjuangkan agama Allah, Jaafar terus menyambar bendera tentera Islam dan terus terus menyerang tentera Rom. Jaafar turun dari kudanya ,dia bertempur dagan penuh semangat juang.Tatkala itu juga, tentera Rom terus menyerbu dan menyerangnya sehingga Jaafar tidak mampu bergerak walaupun setapak kedepan.

Pada ketika ,Jaafar memengang bendera tentera Islam pada tangan kanannya.Tentera Rom memenggal sebelah tangan kanannya.Kemudian bendera tentera Islam beralih ke tangan kiri .Tentera Rom memenggal sebelah tangan kirinya dan Jaafar memeluk bendera itu dengan baki tangan yang di potong.Begitulah perjuangan seorang syuhada`.

Selepas peperangan ,didapati jasad Jaafar bin Abi Thalib terbelah dua dari bahunya dan sebelah jasad jaafar saja ada lebih daripada 30 tempat cedera kerana mempertahankan bendera Islam.Allah menggantikan kedua tangannya dengan dua sayap daripada permata yakut “APA YANG ALLAH SEDIAKAN DI AKHIRAT NANTI ADALAH LEBIH BESAR"

12 comments:

syazwanileeya said...

ok dan cantik je...
teruskan eh dalam menywbarkan risalah agama dan sirah nabawi..ok

aisya humaira said...

ok..dan menarik paparan blog ini jalan cerita yang best je dan mudah di fahami oleh sesape je....

wahdatul _solehah said...

pasal Jaafar bin Abu talib dalanm perang Mu`tah ni saya x tahu sangat tapi bila bace ni alhamdulillah la saya dapat tahu pasal kisah ini. ok teruskan yea wahai sahabat ku...

Durratul Akhyar said...

salam..jln cerita yg sgt mudah..mohon supaya dapat dipanjangkan lg ceritanya dan sumber mn yg diambil..salam ukhwah=)

azna said...

Salam..kisah yg sarat dgn keberanian n keteguhan iman seorang hamba Allah dlm memperthnkan agama-NYA.kita pn belum mampu u sampai ke thp itu.Kisah ini begitu menyayat hati saya sbg hamba-NYA.Terima ksih jg krn sudi share cerita ini bersama.

safa87 said...

salamm...ok,menarik gak citer ini..semoga teruskan usaha menulis citer kisah2 nabi muhammad S.A.W dalam blog ni k...gud luck 4 your exam..,k..wassalmm..
salam ukhuwah..

aisya humaira said...

asalamualaikum....
marilah sama-sama kita bangkit meneruskan dakwah nabi muhammad dan terus tegakkan syiar islam..
dan kita terus menjadi muslimah yang mendapat hidayah dan perlindungan drpd allah.

fatin said...

ok je..tingkatkan prstasi anda berdua

sirahrasul said...

salam..
kisah pperangan ini amat menarik dan patut dijadikan teladan..
bitaufiq wannajahh.

Aishah said...

salam,
bagus..penceritaan kalian.. mantap sekali.. di harap teruskan lagi dengan pelbagai kisah-kisah rasul bagi menarik minat pembaca secara mendalam tentang Baginda. Insyaallah..

last, gud luck 4 exam.

north & south said...

mantep....mengharukan kisah n...kta muhasabah blik apa jasa kta terhadap islam?leh x kita cthi sahabt2 nabi n?renungkan lah..apapn syabbbas bete mubarako

izyan said...

ringkas padat n jelas..
n amat memberi kesan pada hati...
lbh2 g pas tgk tygna sirah the mssnger..
god job.