Monday, April 7, 2008

JAAFAR BIN ABI THALIB DALAM PERANG MU`TAH

Jaafar bin Abi Thalib adalah sepupu Nabi Muhammad S.A.W.Dari sudut akhlak, tubuh badan dan rupa Jaafar bin Abi Thalib adalah yang paling mirip kepada Nabi Muhammad berbandiang dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang lain.

Pada hari yang ke -6 adalah hari pertempuran yang paling senget dalam perang mu`tah.Ketika itu Nabi Muhammad S.A.W berada di Madinah, beliau memanggil kesemua sahabat yang tinggal untuk bersembahyang, bedoa, dan bermunajat menghantar bantuan rohani kepada tentera Islam.

Dalam peperangan tersebut, Zaid adalah orang pertama yang memegang bendera Islam.Setelah Zaid syahid dalam memperjuangkan agama Allah, Jaafar terus menyambar bendera tentera Islam dan terus terus menyerang tentera Rom. Jaafar turun dari kudanya ,dia bertempur dagan penuh semangat juang.Tatkala itu juga, tentera Rom terus menyerbu dan menyerangnya sehingga Jaafar tidak mampu bergerak walaupun setapak kedepan.

Pada ketika ,Jaafar memengang bendera tentera Islam pada tangan kanannya.Tentera Rom memenggal sebelah tangan kanannya.Kemudian bendera tentera Islam beralih ke tangan kiri .Tentera Rom memenggal sebelah tangan kirinya dan Jaafar memeluk bendera itu dengan baki tangan yang di potong.Begitulah perjuangan seorang syuhada`.

Selepas peperangan ,didapati jasad Jaafar bin Abi Thalib terbelah dua dari bahunya dan sebelah jasad jaafar saja ada lebih daripada 30 tempat cedera kerana mempertahankan bendera Islam.Allah menggantikan kedua tangannya dengan dua sayap daripada permata yakut “APA YANG ALLAH SEDIAKAN DI AKHIRAT NANTI ADALAH LEBIH BESAR"